Wednesday, September 15, 2010

Syarat, Cara & Jenis Keahlian

Ahli terbahagi kepada dua iaitu Ahli Tetap dan Ahli Biasa..


Syarat2 untuk menjadi Ahli Tetap ialah anda mesti berumur 18 tahun ke atas..Dan terbuka kepada semua peringkat umur seawal 15 tahun dan ke atas bagi Ahli Biasa..

Ahli Tetap perlu membayar RM88 sekali sahaja untuk seumur hidup..Watikah perlantikan sebagai ahli baru yang sah akan diberikan oleh Ayahanda atau Abang Long beserta kad keahlian, sticker motor & kereta dan juga t-shirt MCM..Ahli Tetap terikat dengan MCM..

Cara Mendaftar: Buat masa sekarang borang keahlian utk Ahli Tetap masih dalam proses..Nanti akan diberitahu kemudian setelah borang pendaftaran Ahli Tetap siap..

Ahli Biasa tidak perlu membayar apa-apa bayaran dan tiada yuran pendaftaran..Mereka boleh membeli & menggunakan sticker atau t-shirt MCM atas nasihat Ayahanda, Abg Long, dan Abg Kawasan..Mereka juga dibenarkan mengikuti setiap aktiviti yang bakal dijalankan atas tanggungan kos sendiri..Tetapi tidak akan mendapat watikah sebagai ahli MCM yang sah..Ahli Biasa tidak terikat dengan MCM..

Cara Mendaftar: Sila daftarkan keahlian anda secara online pada link yg disediakan di sebelah kiri blog..Nombor keahlian anda akan diberikan kemudian..


Untuk maklumat lanjut berhubung keahlian sila berhubung terus dengan Big Brother MCM iaitu Along Aredeq @ Haniff Suhaimi..


P/S: Semua ahli yang berdaftar setakat ini dimasukkan dalam keahlian Biasa terlebih dahulu..Setelah borang keahlian Tetap siap, pihak kami meminta jasa baik anda semua yang ingin bersama-sama berjuang dengan kami mendaftar sekali lagi untuk keahlian Tetap dan kita buat perjumpaan untuk menjadi ahli secara sah jika anda berminat..Nombor keahlian Tetap dan keahlian Biasa adalah berbeza..Harap Maklum..TQ..

No comments:

Post a Comment